Tuesday, April 7, 2009

Hukum Merancang Keluarga

Malam tadi, sambil2 layan Merlin, tetiba saya teringatkan sesuatu yg dibaca pada siang harinya.. cepat2 saya tunjukkan kepada si dia..

Soalan:
SAYA berusia 37 tahun dan mempunyai enam cahaya mata. Ketika hamil anak bongsu, doktor menasihati saya tidak mengandung lagi kerana bimbangkan kesihatan diri iaitu tahap gula dalam darah yang tinggi setiap kali hamil. Doktor mencadangkan salur peranakan saya diikat bagi mengelak hamil. Apakah kaedah ini dibolehkan Islam bagi mengelak kehamilan. 

Ina, 
Rawang, Selangor. 


Jawapan:
Persidangan Ulama ke-8 (Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan), 22 November 1973 memutuskan bahawa menggalakkan amalan perancangan keluarga kepada umum adalah haram, tetapi bagi orang perseorangan atas sebab tertentu diharuskan. Pada Persidangan Ke-12 (20 Februari 1977) memutuskan perancang keluarga mengandungi tiga bahagian iaitu:

  • Memandulkan lelaki atau perempuan hukumnya haram. 

  • Mencegah beranak atau mengehadkan bilangan anak haram melainkan dengan sebab yang diharuskan syarak bagi individu. 

  • Menyusun keluarga dari segi kesihatan, pelajaran dan kebahagiaan keluarga dengan cara selain di atas adalah harus.

    Sebaik-baiknya puan mendapatkan pandangan pakar perubatan Muslim untuk menentukan keputusan berhubung mengikat salur peranakan. 

    Perkara itu merujuk penyataan harus melakukan pencegahan dan mengehad bilangan anak atas sebab yang diharuskan oleh syarak terhadap individu.




  • Yg part no 2 tu, adakah termasuk juga dengan mengamalkan pil perancang, stokin plastik dan sebagainya?

    Mengikut fahaman saya, sebarang jenis pencegahan yg tidak bermaksud kekal boleh je.. ke saya salah di situ?

    Apakah sebab yg diharuskan syarak dalam hal ini? selain membahayakan nyawa si ibu?

    Dan, apakah cara lain lagi untuk menjarakkan kehamilan untuk bullet ke-3? Jika menyatakan bahawa breastfeed anak secara eksklusif boleh menjarakkan, tidak semua diberi kelebihan sedemikian rupa.. Saya breastfeed Azri secara eksklusif juga.. tp masa Azri berusia 4 bulan, saya dah start period.. 





    Jika anda ada maklumat, jangan segan2 letakkan link utk ke info tersebut..


    Updated on 1402 hrs: 


    Soalan: 

    Bagaimana hukumnya membatasi keturunan/ merencanakan keluarga (Family Planning)? (NU Cab. Situbondo Banyuwangi)

    Jawapan; 

    Kalau dengan 'azl (mengeluarkan air mani di luar rahim) atau dengan alat yang mencegah sampainya mani ke rahim seperti Kopacis/Kondom, maka hukumnya makruh. Begitu juga makruh hukumnya kalau dengan meminum ubat untuk menjarangkan kehamilan. Tetapi kalau dengan sesuatu yang memutuskan kehamilan sama sekali, maka hukumnya haram, kecuali kalau ada bahaya. 

    Umpamanya saja karena terlalu banyak melahirkan anak yang menurut pendapat orang yang ahli tentang hal ini bisa menjadikan bahaya, maka hukumnya boleh dengan jalan apa saja yang ada.

    Keterangan: 
    a. Dalam kitab Asnal Mathalib 186
    b. Dalam kitab Fatawi Ibnu Ziyad 249 
    c. Dalam kitab AI-Bajuri II/93d. Dalam kitab Ahkamul Fuqaha' II/231

    وفي كتاب الامراض الاجتماعية صحيفة 391 ما نصه: ومن شر القمار وشراء الاوراق المسماة بيا نصيب فهى حرام على المذاهب الاربعة.في اسنى المطالب ونصه: والعزل تحرزا من الولد مكروه وان اذنت فيه المعزول عنها حرة كانت أو أمة لأنه طريق إلى قطع النسل. وفى فتاوى ابن زياد ونصه: افتى ابن عبد السلام وابن يونس بأنه لا يحل للمرأة أن تستعمل دواء يمنع الحبل ولو برضا الزوج. وفي الجزء الثانى من الباجورىعلى فتح القريب في كتاب النكاحصحيفة 93 ما نصه: وكذا استعمال المرأة الشيء الذى يبطء الحبل ويقطعه من أصله فيكره في الآول ويحرم في الثاني.وعند وجود الضرورة فعلى القاعدة الفقهية. إذا تعارضت المفسدتان روعى أعظمهما ضررا بارتكاب خفهما مفسدة.

    Negara asal : Indonesia

    Badan yang mengisu fatwa : Konfrensi Besar Syuriah Nahdatul ulama’ ke-1 (Indonesia)

    Tarikh Diisu : 18-22/4/1960



    Lagi :
    Penggunaan IUD/IUCD


    1 - TANZIM AL-USRAH ( تنظيم الاأسرة ) : Ertinya : Merancang Keluarga , seperti dengan cara berjimak dengan isteri pada tarikh dan masa yang tertentu , ataupun dengan cara selainnya dengan tujuan untuk menyusun jadual kehamilan mengikut kehendak sepasang suami – isteri . Nama lain bagi Tanzim Al-Usrah ini ialah “ Tanzim An-Nasal “ ( النسل تنظيم ) yang bererti : Merancang Kelahiran . Ianya dilakukan menurut tempoh tertentu , bukannya secara kekal. 


    2 – TAHDID AN-NASAL ( تحديد النسل ) : Ertinya : Membatasi Kelahiran , seperti alat kelamin lelaki ataupun perempuan dimatikan fungsinya, sehingga tidak boleh menghasilkan sperma yang boleh menyebabkan seseorang zuriat itu lahir. Nama lain bagi proses ini ialah “ Tahdid Al-Usrah “ ( تحديد الأسرة ) yang bermakna : Membatasi Keluarga . Di dalam kitab-kitab Fiqh klasik, istilah untuk proses yang sama seperti ini dinamakan sebagai “ At-Taa’qim “ ( التعقيم ) ertinya : Proses Pemandulan . Kalau untuk binatang diertinkan sebagai : Proses Pengkasian . Proses pemandulan ini @ membatasi keturunan ini dilakukan untuk jangka masa yang kekal-abadi. 


    3 - ‘AZAL ( العزل ) : Proses menahan ataupun menghalang mani lelaki daripada masuk ke dalam rahim wanita, samada dengan cara menumpahkannya, ataupun dengan memakai kondom dan seumpamanya. Dilakukan agar wanita tersebut tidak hamil. 



    ************************************** 

    TANZIM AL-USRAH ( تنظيم الاأسرة ) : MERANCANG KELUARGA

    Walaupun Islam sememangnya mahukan umat yang ramai akan tetapi di dalam beberapa ketika, dibenarkan bagi sepasang suami-isteri itu untuk merancang keluarganya iaitu dengan menggunakan sistem di atas. 

    Tanzim Al-Usrah ini dibenarkan di atas sebab-sebab berikut : 

    1 – Agar si ibu mempunyai tempoh masa yang cukup untuk menghadapi anak yang akan datang dan tempoh untuk menyusui anak yang pertama itu sempurna selama dua tahun sebagaimana menurut ajaran Al-Quran Al-Karim. Selain itu, dengan menyusun jadual kehamilan bagi tempoh 2-3 tahun bagi setiap kehamilan, lebih memberikan kekuatan dan tenaga kepada si ibu. Lihat dan pelajari Firman Allah Ta’ala di dalam Surah Al-Baqarah, ayat 233. 

    2 – Jika si ibu itu lemah fizikalnya, tidak berupaya untuk selalu bersalin. 

    3 – Jika si ibu itu ataupun si bapa mempunyai “ penyakit keturunan “ yang boleh menjangkiti si anak yang bakal dilahirkan. 

    4 – Terdapatnya sebab-sebab ekonomi bagi sesebuah keluarga itu, seperti keadaan susah dan miskin. Perkara ini diistilahkan oleh ulama’ , khasnya oleh Hujjatul Islam , Imam Al-Ghazali (rh) sebagai : “ الخوف من الوقوع في الضيق بسبب كثرة الأولاد “ yang bermaksud : Bimbang terjerumus ke dalam lembah kesusahan disebabkan ramainya anak. 

    5 – Si ibu itu sememangnya mempunyai penyakit, dan jika dia beranak lagi, penyakit yang dideritai itu akan lambat sembuh, ataupun tidak sembuh ataupun anak yang bakal dilahirkan itu dalam keadaan yang amat sukar. 


    Apabila terdapatnya salah-satu daripada sebab-sebab di atas, dan ianya disememangnya disahkan oleh orang yang ‘alim di dalam agama  dengan kerjasama daripada seorang pakar perubatan yang amanah, maka Tanzim Al-Usrah ini harus dilakukan menurut pandangan Islam. 

    ************************************** 

    TAHDID AN-NASAL ( تحديد النسل ) MEMBATASI KELAHIRAN : 

    Proses membatasi kelahiran ini dilakukan dengan cara memandulkan si suami ataupun si isteri agar mereka tidak lagi boleh menghasilkan zuriat di masa yang akan datang. Sama ada ianya dilakukan secara proses pembedahan, ataupun dengan mengambil jenis-jenis makanan tertentu dan seumpamanya. 

    Walaupun tiada nas yang jelas di dalam Al-Quran, mahupun Al-Hadits yang menyatakan mengenai HARAMNYA MEMBATASI KELAHIRAN ( PROSES PEMANDULAN ) seperti ini, akan tetapi majoriti ulama’ Islam menyatakan perkara itu sebagai HARAM dan DITEGAH OLEH SYARAK. 

    Namun minoriti ulama’ pula menyatakan bahawa ianya DIBENARKAN OLEH SYARAK berdalilkan firman Allah Ta’ala di dalam Surah Asy- Syura, ayat 50 : 

    أَوْ يُزَوِّجُهُمْ ذُكْرَانًا وَإِنَاثًا وَيَجْعَلُ مَن يَشَاء عَقِيمًا إِنَّهُ عَلِيمٌ قَدِيرٌ 

    Ertinya : “ Atau Dia menganugerahkan kedua jenis laki-laki dan perempuan (kepada sesiapa) yang dikehendaki-Nya, dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa “ . 



    Daripada ayat di atas, maka minoriti ulama’ ini pun mengatakan : “ Jika Allah Ta’ala sendiri memang menciptakan sebahagian manusia itu ada yang mandul disebabkan ada hikmahnya, maka tidaklah salah jika sebahagian manusia itu juga boleh jadi mandul disebabkan ada maslahahnya ( kebaikannya ) “. 

    Dan sebahagian ulama’ Fiqh membenarkan proses pemandulan ini jika ada penyakit yang berhubungan dengan seks, akal ataupun diri, yang mana telah dikenal-pasti sebagai sakit yang berbahaya lagi tiada ubatnya dan penyakit itu pula boleh menjangkiti anak yang bakal dilahirkan lagi berbahaya. 

    Namun, setelah diambil-kira semua pendapat ulama’ di dalam hal ini, maka PENDAPAT YANG PALING MENEPATI KEHENDAK SYARIAT ISLAM ITU SENDIRI IALAH : HENDAKLAH DILAKUKAN PROSES PEMANDULAN INI BUAT SEMENTARA WAKTU SAHAJA, BUKANNYA UNTUK SELAMA-LAMANYA . KERANA INSYA-ALLAH ADA PENYAKIT BAGI SETIAP UBAT ITU – KECUALI PENYAKIT AS-SAM : MATI – Dan apabila ditemui ubat tersebut, maka proses pemandulan seperti ini sudah tidak lagi diperlukan. Dan kemungkinan juga, jika sesebuah keluarga itu susah, barangkali di kemudian hari kelak, setelah mereka dikurniakan rezeki daripada Allah Ta’ala secara berlimpah-ruah, di saat itu sudah tentu mereka sangat berhajat kepada zuriat yang ramai. Dan kalaulah mereka melakukan proses pemandulan yang kekal, sudah pasti mereka tidak akan memperolehi zuriat sendiri di kemudian hari. Apatah lagi, proses pemandulan yang bersifat kekal ini adalah satu kezaliman ke atas makhluk Allah Ta’ala yang mana kezaliman merupakan satu perkara yang sangat ditentang dan dilarang oleh Islam !. 

    ************************************** 

     ‘AZAL ( العزل ) : MENAHAN SPERMA DARIPADA MASUK KE DALAM RAHIM

    Perkara ini sendiri pernah berlaku di masa hidupnya Baginda Rasulullah s.a.w . 

    عَنْ جَابِرٍ قَالَ كُنَّا نَعْزِلُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَبَلَغَ ذَلِكَ نَبِيَّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمْ يَنْهَنَا 

    Ertinya : “ Daripada Jabir r.a beliau berkata : Kami pernah melakukan Al-‘Azal di zaman Rasulullah s.a.w dan perkara itu sampai ke pengetahuan baginda s.a.w , tetapi Baginda s.a.w tidak pula menegah kami daripada melakukan perkara tersebut “ ~ ( Hadis Sahih diriwayatkan oleh Imam Muslim – Kitab An-Nikah – 2610 ) . 


    Dan bagi seseorang suami tidak dibenarkan melakukan perkara tersebut melainkan dengan redha isterinya, dan tentulah sebuah kebahagian rumahtangga yang diimpikan itu tidak akan menjadi realiti andainya tiada kesefahaman dan redha-meredhai di antara anggota rumahtangga itu. 




    Wallahu A’alam Bissowab 
    Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad 



    ************************************** 

     RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN : 

    1 – YASALUNAKA ‘ANID DIN WAL HAYAH – JILID I 
    ‘Allamah Dr. Ahmad Ash-Syarbasi ( Profesor Universiti Al-Azhar ) 
    ms 234 – 243 . Terbitan Darul Jil , Beirut. 

    2 – FATWA WA AHKAM LIL MARAH AL-MUSLIMAH 
    ‘Allamah Syeikh Atiah Saqr ( Bekas Pengerusi Fatwa Al-Azhar ) 
    ms 221 , Terbitan : Maktabah Wahbah , Cairo. 

    3 – AL-FATAWA AL-ISLAMIYYAH 
    ‘Allamah Dr. Nasr Farid Wasil ( Bekas Mufti Republik Arab Mesir ) 
    ms 304 . Terbitan : Al-Maktabah At-Tawfiqiah , Cairo. 

    4 – KATA BERJAWAB 1-5 
    Al-Fadhil Ustaz Abdul Qadir Hassan ( Guru Pesantren PERSIS Bangil ) 
    Terbitan : Yayasan Al-Muslimun , Bangil, Indonesia. 



    و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى
    والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته 

    4 / Sya’aban / 1423 H 
    11 / September / 2002 M 

    Jumaat – Bandaraya Kaherah 

    blog comments powered by Disqus