Monday, June 8, 2009

10 Tips Pengurusan Kewangan

Got it from email. Ayat saya adalah yg berwarna biru kuning merah... TV Tigaaaa.. takdelah, yg berkaler tu, saya lah..

1. Menerima gaji sepatutnya dan berbelanja kurang daripada pendapatan.

Peraturan asas ini nampak mudah tetapi hakikatnya sukar untuk dilaksanakan. Anda perlu tahu sama ada anda menerima gaji yang sepatutnya berbanding kepakaran, keupayaan, produktiviti dan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada anda.

Menerima gaji rendah daripada yang sepatutnya, walaupun RM1,000 setahun akan memberi kesan yang besar dalam jangka panjang. Tidak kira berapa gaji anda, jangan sesekali berbelanja melebihi pendapatan. Adalah lebih mudah untuk menyekat perbelanjaan daripada memperoleh pendapatan lebih. Berjimat walaupun sedikit boleh memberi kesan yang besar pada tabungan.

Saya takde komen. Sebab, mmg kita patut berbelanja KURANG daripada pendapatan.


2. Rancang dan patuhi jadual perbelanjaan (bajet)

Rancang perbelanjaan anda. Anda tidak akan mampu berbelanja dan menyimpan pada masa yang sama tanpa perancangan kewangan yang betul. Anda perlu bajet walaupun pendapatan anda adalah beberapa ribu atau beratus ribu setahun.

I've practised this for several years. Mula-mula kerja dulu, saya practise letak duit dalam sampul surat yg dilabel - Makan, Sewa, Entertainment (boleh?) dan apa2 lagi la.. Bila buat macam ni, once dapat gaji, sekelepuk duit saya keluarkan dan isi dalam sampul-sampul tu.

But as time goes by, saya stop guna sampul.. instead, saya just letak nilai2 ni atas kertas/note dalam handset.. once saya belanja dari akaun tersebut, saya tolak.. so by end of the day, saya tahu berapa nilai yg tinggal dalam satu2 akaun..

Selain tu, saya juga ada file xls.. Sebelum dapat gaji lagi dah rancang budget utk bulan depan.. Berapa untuk parents, berapa untuk anak2.. berapa nak bayar babysitter.. bla bla bla.. sesetengah value adalah constant, dan ada sesetengah lagi variable mengikut baki bulan lepas dan sebagainya.

Style saya simple je. Saya peruntukkan sejumlah wang utk A. By end of the month, check, ada baki tak untuk peruntukan tersebut. Jika ada, separuh saya bawa ke depan, separuh lagi saya simpan dalam akaun A bersama-sama dengan peruntukan simpanan utk A pada bulan tersebut. Separuh yg saya bawa ke depan, saya satukan dengan peruntukan bulan hadapan. Saya buat macam ni sbb once ada duit lebih2 tu, bley la belikan baju ka, mainan ka.. apa ka..

Agak2 bley paham tak?


3. Lunaskan hutang kad kredit secepat mungkin

Berterus-terusan mempunyai hutang kad kredit adalah satu kesilapan paling besar. Memang terlalu mudah untuk menggunakan kad kredit tetapi amat payah untuk melunaskan hutang dan akhirnya anda akan terus dibeban hutang yang BESAR! Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan Datuk Dr Hilmi Yahaya – Tahun 2004 - 1,397 pemegang kad kredit di isytihar muflis, 1,152 dalam 2003 dan 1,117 dalam 2002. Angka setiap tahun kian meningkat. Terdapat 150,000 bankrap setakat Februari 2005.

Saya sangat setuju dengan pernyataan ini. Berbelanjalah mengikut kemampuan kewangan kita. Kalau ada 1K dalam bank, belanjalah setakat itu, ataupun kurang, so that kita ada duit utk membayar balik CC apabila tiba masa yg ditetapkan.

Saya sendiri adalah pengguna CC sejak tahun 2004. Biasanya saya gunakan utk dapatkan points so that lepas tu dapat redeem barang FREE.. :P dan juga mengelakkan bawak cash money yg berlebih-lebihan. Sekarang pun dah ada Debit Card, so mmg penggunaan CC bley la dikurangkan sangat-sangat.. Please aware, kalau kita amik installment berbagai, MAKE SURE kita ada duit utk bley bayar bulan2.. kalau takde, jangan beli.



4. Mencarum dalam pelan persaraan

Jika syarikat anda menyediakan pelan persaraan, jangan lepaskan peluang untuk mencarum. Jika tiada, pertimbangkan pelan atau skim lain yang disediakan untuk pekerja. Buka akaun dengan KWSP hari ini jika anda masih belum berbuat demikian.

Most of us dah ada KWSP kan? refer my posting b4 this, kalau takat ada beberapa ratus ribu dalam KWSP masa bersara nanti, mmg tak cukup.. considering kalau umur panjang and what nots.. Kita hidup mmg bukan nak menongkat langit ataupun nak bagi anak2 senang sampai ke tua.. TAPI at least, kita ada something, atau persediaan anak2 nak ke sekolah, ke universiti.. dan yg penting, kita tak guna duit persaraan kita utk tujuan biaya anak ke universiti. Duit utk hal2 ni, duit lain yg kita patut simpan dari sekarang.


5. Menabung

Pastikan anda menyimpan sekurang-kurangnya 5 peratus ke 10 peratus daripada gaji sebelum menyelesaikan segala bil. Cara paling baik, buat potongan secara automatik untuk akaun berbeza.

Its suppose to be at least 10% and MORE. 5% is way too little.. TAPI, lebih baik ada, daripada takde langsung. Kalau masih belum menabung, do it NOW. Start NOW.

I myself over enjoyed for the 1st year keje dulu.. Sesal tak menyimpan time tu, ada sampai sekarang.. ha ha ha.. imagine la, kalau simpan sebulan seratus, dah ada 1200, kan? Tak tau lah kenapa, saya masih rasa, simpanlah banyak mana sekarang pun, still macam takley nak ganti 1200 yg hilang tu..

Menyimpan dahulu. Berbelanja kemudian. Dapat tu?


6. Melabur

Pastikan anda membuat pelaburan – jika masih ada wang lebih selepas mencarum untuk skim pesaraan atau skim simpanan pekerja dan menabung dalam akaun simpanan dan saham amanah.

Please diversify places where you can put your money dan pastikan dapat pulangan yg lebih dari kadar inflasi. He he he.. Cite inflasi la pulak..


7. Tingkatkan caruman skim kemudahan untuk pekerja

Tambah nilai caruman anda pada skim kemudahan yang disediakan untuk pekerja seperti KWSP. Ia akan membantu anda mengurangkan pembayaran cukai dan membataskan perbelanjaan yang tidak perlu.

Semak balik borang BE korang.. apa yg bley kita belanjakan atau buat utk kurangkan potongan cukai.. Bukan lah nak ngelat dari bayar cukai, tapi kalau ia membawa kebaikan kepada kita, apa salahnya.. kan? kan? Bayar zakat adalah salah satu bentuk pengecualian cukai yg sangat digemari ramai.


8. Semak liputan insurans

Ramai orang membeli insurans dengan bayaran premium yang tinggi tanpa terlebih dulu menyelidik sama ada ia perlu atau tidak. Pastikan anda mempunyai insurans secukupnya tetapi pada masa yang sama tidak membebankan kedudukan kewangan.

I dont have much knowledge about this. TAPI apa yg saya tahu, insurans utk Amir yg saya ambil setahun lepas, mmg dah balik modal sangat2 masa dia kena hospitalised the other day. Perhaps this is applicable utk orang2 yg tak ditanggung oleh kompeni apabila tiba kepada perihal medical anak-anak.. Kalau korang ditanggung, lain cerita, ye? Then duit yg sepatutnya boleh ditumpukan utk hal2 education & what nots.


9. Kemas kini wasiat

Lindungi orang yang disayangi. Pastikan anda membuat wasiat tidak kira berapa sedikit pun harta anda. Kira-kira 90 peratus warga Malaysia tidak mempunyai wasiat. Masalah besar ialah tahap pemikiran yang beranggapan jika tulis wasiat hari ini, esok akan mati. Sebab itu masih ramai yang tidak membuat wasiat.

Damn, I dont have this yet. Ha ha ha.. Ketuk sket!

Last time masa AmanahRaya buat promotion, tak jugak pi buat2.. Yes, I seriously need to be ketuk-ed on this. Anyways, dekat website AmanahRaya ada link Will Online.. can be our 1st step towards will writing. No? They charge us RM350 per will writing.. Kalau ada tempat lain yg offer service yg sama with minimal fee (if any) please share :)



10. Simpan rekod kewangan dengan baik

Jika anda tidak menyimpan semua rekod perbelanjaan, anda mungkin terlepas pandang untuk mendapatkan pengecualian cukai untuk perbelanjaan tertentu. Contoh yang baik adalah resit untuk pembelian buku-buku di mana pemotongan cukai dibenarkan.

Yes, truly true.. Simpanlah segala mala resit yg berkaitan dalam satu file.. senang cite, file yg sama dengan file yg menyimpan pay slip kita.. pasal benda2 ni sume berkaitan dengan pembayaran cukai.. Resit bayar zakat, resit bayar education plan, resit beli buku.. resit.. resit buat thorough medical checkup.. dan macam-macam lagi..


Sekian dari saya yg bukanlah pakar kewangan yg bertauliah ataupun seorang graduan dalam bidang berkaitan.. Saya cuma share apa yg saya praktikkan dan sedikit sebanyak apa yg saya tahu.. Kot ada yg tersalah fakta, terkucil sana-sini, I'm open for discussion :)



---------------

blog comments powered by Disqus