Monday, August 3, 2009

Tempat-Tempat Makan Yang Sedap di Port Dickson

Sejak dua menjak ni, sementelah ada yg tahu bahawa in-laws saya di Port Dickson, ada beberapa orang bertanyakan kepada saya, "kat mana makan yg sedap kat PD?" atau, "kat mana restoran seafood yg best kat PD?"

Sejujurnya, saya tak tau nak jawab apa.. sebab in-laws saya bukan lah jenis yg selalu makan kat luar.. my FIL suka menjaring ikan, so kalau ada siakap ka, ikan denak ka, MIL yg masak.. be it siakap 3 rasa ka, siakap stim ka.. bayangkan la makan ikan fresh tu kan.. kadang² ada jugak dapat ketam.. ish..

Apa yg saya perasan, di PD kebanyakan seafood restaurant dijalankan oleh chinese.. yg melayu mungkin ada, tapi saya pun tak pasti di mana.. pernah saya came across email menyatakan begini

"tepi pantai tu ada kedai2 jual makanan. Ada satu ikan bakar kat situ sedap walaupun service dia agak lembab sket. Hari tu makan 3 orang punyala melantak sekali bayar Rm48 je. murah giler..."

Masalahnya, sketnya banyak pantai kat PD.. ngeee..

lagi satu,

"Cuba kat belakang masjid PD. Kedai betul2 ikut pintu pagar belakang masjid. Kalau dari Glory, sebelum masjid ada traffic light, belok kiri ke arah bandar PD, 1/2 km tengok kanan, ada pokok buluh kuning kat depan kedai tu. Sesuai untuk makan tengahari ... mcm2 ada ...."

Yg dapat saya share,

  • nasik lemak, warung Wak Man di simpang empat dekat Masjid Jamek

  • rojak, di Pasar Lama kat pekan Port Dickson

  • popiah basah, kat kedai yg ada di sebelah kiri sebelum simpang masuk ke Glory Beach Resort.. tp popiah sini mmg selalunya cepat habis..

seafood? I'm afraid PD is not the right place.. orang lebih byk ke Melaka.. Umbai ka.. Muara ka. (kalau tak salah dengar la kan..) tp tak tau la kan kalau2 ada among fellow bloggers yg pernah merasa seafood di PD?


Please share :)

// from my readers.

aDd said..
in laws sy pun duk PD gak... diaorang punya umah kat Glory tu le... Pasal nasik lemak Wak Man, sy setuju... setiap kali blk PD breakfast mesti mkn nasi Wak Man.. kadang2 dinner pun nasi lemak Wak Man... dia buka pg, smpai ke awal pg soknye.. ada satu lagi warung yg agak popular jugak kat PD.. siap ada branch.. Warung Mak Abah dekat Seaview... pastu jln dr Seaview menghala pekan sebelah kanan jln ada byk kedai seafood... boleh tahan lah...
Sy suka mkn...


Diana Sulaiman said...
pi kat area janakuasa tuanku jaafar.. nak dekat2 ke arah glory beach jugak..

kalau siang nasik campur + ikan bakar yg sgt sedap..

malam pon tempat yang sama but gerai sebelah, seafood jugak.. aku baru begi last mth.. tgk entry aku.. sodap siot.. hehe
blog comments powered by Disqus