Friday, April 2, 2010

Rendang Ayam ala Minang

The name was told by MIL when I asked her, "apa nak masak hari ni?"

Resepi kat bawah ni untuk setengah ekor ayam (if I'm not mistaken).

Bahan-bahan untuk diblend
10-15 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
Halia

Bahan-bahan untuk diketuk
3 batang serai
Lengkuas

Patut ada
Cili kering
Cili padi
Kunyit

Kena ada
Santan
Gula melaka (kalau takde, apo nak buek.. gula putih sajalah)
Garam

Kalau nak
Tomato
Daun kunyit


OK, here goes.

Masukkan ayam yang telah dibersihkan ke dalam kuali. Masukkan bahan-bahan yang telah diblend. Campakkan sekali lengkuas & serai. Masukkan bahan yang dilabel "Patut ada" :P Bab ni adalah mengikut tahap kepedasan dan kekuningan rendang yang korang nak.. aci?


Bagi air ayam tu kering sket.. Then, masukkan santan. Since dah masak dalam kuali, santan tu aku tengok memang hampir penuh. Campak sekali gula melaka.. Kacau jangan tak kacau. Bley je nak tinggal sekali-sekala.. Dah menggelegak tu, rasa-rasala.. haha.. eh, lupa plak aku, garam ye puan-puan.. garam.. heeee.. kantoi betul la kalau chef-takde-tauliah ni share resepi..

Rasa macam tak pedas, tambah la cili padi.. kot dah terlebih pedas, letak la gula putih.. bajet la lidah memasing ye puan-puan..

Agak-agak kuah tu dah pekat, campakkan tomato belah 4 dengan 2-3 helai daun kunyit..

SIAP!


Tidaklah berapa kuning kaedahnya dalam resepi ini.. Heee..


Rasa dia kurang pedas sket kerna TERPAKSA di alter mengikut lidah mak ni ha.. as for me, macam kuah sate pun ye, minus the kacang :D Cicah roti pun sodappp..

blog comments powered by Disqus