Monday, March 4, 2013

Program Semai Bakti

Nama program yang panjangnya ialah Pertandingan Bakat Istimewa Semai Bakti Piala Perdana Menteri 2013 Peringkat Separuh Akhir pada 6 Mac 2013.

So as of today, no 3 dah start berkampung di UKM Bangi. Hari ni adalah hari ketibaan warga pusat PDK / kontinjen dari seluruh Malaysia. Wow, tahap kebangsaan anak aku dah. Hahaha.

Esok diorang ada sesi latihan kat Putrajaya. 

Hari Rabu semi final. Penyampaian hadiah akan dibuat oleh Puan Sri Datin Hajah Norainee Abdul Rahman. Naib yang diPertua BAKTI.

Jika ditakdirkan menang, berkampung lagi lah jawabnya anak-anak istimewa ni sebab ada pulak sesi latihan untuk pertandingan akhir.

By the way, kat sana ada Pertandingan Karnival Jualan Produk Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Peringkat Kebangsaan 2013 jugak OK. Hari Jumaat ni mula. Wife PM - Datin Paduka Seri Rosmah Mansor (Yang diPertua BAKTI) akan rasmikan. Karnival ni start dari 10 pagi, habis 10 malam dari hari Jumaat, sampai Sabtu.

Grand finale will be on Saturday 9 March. This time around, PM akan turun untuk rasmikan. Event will take place at Dataran Putrajaya.

Sepanjang minggu pulak kaedahnya. Semoga anak-anak ni OK sepanjang kat sana.
blog comments powered by Disqus