Sunday, March 21, 2010

Bubur Sum Sum

Hari ni aku belajar bikin bubur sumsum. One thing pasal belajar dengan MIL, takde sukat2 berapa gram, berapa kati, berapa inci. Yang ada, berapa cawan, berapa sudu & semestinya, "dah cukup rasa" ke tidak. Weee..


Sapa teringin nak try, here goes. Sukatan kat bawah ni dapat dalam 30-40 bekas dadih yang kecik molek, depends berapa banyak korang bubuh kat dalam setiap bekas DAN tahap pekat sebatian (?).


Bahan-bahan
3 cawan tepung beras cap teratai (gila precise :P)
6 sudu besar tepung jagung
Garam secukup rasa
10 cawan santan
Daun pandan sesuka hati

Cara masak
Memang sempoi. Kacau je atas api. Once nak start pekat, kacau laju2. Bajet macam tangan nak tertanggal, tambah air panas. Kacau lagi. Ulang bab kacau-tangan nak tertanggal-masuk air panas ni sampai korang rasa, "wah, finally tangan dah tak rasa macam nak tercabut.. Smooth & silky je sebatian ni." TAPI bukan tahap cair ye puan2. Keadaannya adalah likat & terkawal gitu.

Matikan api. Kaut & letak dalam bekas dadih. Part ni sila buat cepat2. Kalau ada helper lagi bagus. Pasal, dah beku dalam periuk karang, satu hal plak.

Bajet dah sejuk, simbah dengan air gula melaka.

Amacam? Senang tak? Haha.


Sedia untuk dingap!

blog comments powered by Disqus