Showing posts with label Information. Show all posts
Showing posts with label Information. Show all posts

Tuesday, February 12, 2013

Cued Speech

Aku nak sharekan sedikit tentang Cued Speech ni. Ada 8 gesture/pergerakan untuk konsonan. 4 pergerakan lagi untuk vokal.

Kat bawah ni gambarajah yang diambil dari http://www.homepages.dsu.edu/mortensd/PersonalInterests.htm.


Please note, rajah di atas untuk Cued Speech dalam bahasa Inggeris. Placement untuk konsonan, adalah sama. Bab2 vokal yang berbeza.

Untuk vokal dalam bahasa Melayu,

aaa - kita hayun tangan ke depan.
uuu/iiii - kita letak tangan di dada
ooo/eee - kita letak tangan di bawah bibir
e (as in emak) - kita buatkan pergerakan tangan turun di sisi - mula-mula selevel dengan telinga kemudian kita turunkan ke paras bahu. Harap penerangan aku jelas kat sini. 

Saturday, July 17, 2010

Cetakan Semula Saga Artakusiad


Excited! Excited! In my private blog, I did mention about my pencarian on Saga Artakusiad untuk si dia :)

And to my surprise, DBP telah membuat cetakan semula.. after, I must say, 23 years (referring to the first book ever)? Haha..

So, apa lagi? Go get your copies NOW. Lengkapkan siri yang anda ada (atau belum ada).. Boleh je beli online kat dawama.com with 20% discount!!!

Ya ALLAH, I'm really really excited about this!


Image taken from dawama.com itself.

Tuesday, March 30, 2010

Maybank2u.com On Mobile

Its kinda late for me to realise it :P All this while, I logged on to my Maybank account via normal URL made for PC.



Anyway, I managed to give it a try. Boleh tak my first impression was, "Cutenyaaa"..

Being mobile, the available functions are kinda limited but OK la. It caters your basic need when it comes to mobile banking.


What you can do? As of now, boleh tengok balance, check transactions history, buat fund transfer to registered account numbers, bayar bil yang dah diregister and oh, there is forex yada yada yada (not my cup of tea).


Mean to say, Open 3rd party transfer or one-time bill payment which requires TAC memang tak boleh la kaedahnya.. if thats the case, you have to log in using the usual URL made for PC.


If you have a Maybank account, give it a try at http://mobile.maybank2u.com.my. Dont fret, the login page is https :)


More info @ here.

Wednesday, March 3, 2010

Septic Spots


Ada benda yang aku lupa nak share masa awal-awal kelahiran Arissa dulu.

Dia kena jaundice pada hari ke-5 kelahiran. Menurut doktor, kehadiran septic spots memburukkan lagi keadaan. Tu pasal agaknya reading makin naik walaupun pulun breastfeed bagai nak rak..



Apakah septic spots?

Mengikut laman web ini

Septic spots
These are white or yellow pus filled spots that look like small blisters. The skin around them is often red and maybe weepy. They can be difficult to tell apart from hormonal spots. They can occur around the nappy area or in neck, arm or leg creases. Antibiotics may be needed to clear the infection and stop it spreading. Discuss any concerns with your midwife, or other health professional.



Macam mana Arissa boleh kena? Menurut GP yang aku jumpa sebelum Arissa direfer ke hospital, ia berpunca sebab kitorang mandikan dia dengan sabun.. Kulit dia tak tahan with so called bahan2 dalam cecair mandian itu.


"Baby tak payah mandi dengan sabun.. sampai sebulan pun takpe.. badan dia bukannya kotor.. basuh2 dengan air saja.."


Gitu korang.. serius aku tak tau.. all this while abang2 dia takde hal pun..

So, better safe than sorry, aye?

Sunday, February 28, 2010

Perihal Infinity Downline (ID) / Login FB Dapat RM100


Awal Februari ataupun mungkin lewat Januari lepas, aku perasan status beberapa orang kawan di FB memaparkan status ala2 berbunyi "Login FB dapat RM100".. ada banyak lagi macam2 rupa status.. tapi tu antara intipatinya..


It was tempting.. sapa tak nak duit kan.. tapi aku nak fikir dulu.. kadang2 bila senang sangat dapat, mesti ada yang tak kena.. sampailah satu hari, bila salah seorang blogger yg aku kenal cuma di alam maya memaparkan status bahawa ID tidak halal, baru la aku sibuk2 cari kat internet.. yeah, there are a few discussions.. tp yg banyaknya mengajak orang join.


Semakin hari, benda ni makin bertambah annoying.. Haha.. sampaikan aku rasa nak hide je status2 berbunyi macam tu.. kesannya kalau orang yg berYM pun ada jugak yg galak tulis login YM dapat RM100 kaedahnya..


Dan hari ini, ternampak status sorang kawan blogger yang mmg aku kenal baik di alam maya mahupun di dunia realiti.. aku SMS, nak confirmkan.. and it lead to this




Untuk kawan-kawan yang dah baca, harap amiklah tindakan yang sewajarnya.


Thursday, February 25, 2010

Lactational Amenorrhea Method (LAM) Duration Revised?

Kebanyakan ibu2 yang menyusukan anak2 mereka secara eksklusif bagi 6 bulan pertama mengambil kesempatan untuk tidak menggunakan apa2 kaedah perancang keluarga dengan adanya Lactational Amenorrhea Method (LAM).

Apa bendanya LAM ni? Bukan lam, nun, wau tu ye adik2. LAM ialah, er, mengikut kata encik Wiki

For women who meet the criteria (listed below), LAM is 98% - 99.5% effective during the first six months postpartum.[1]

  • Breastfeeding must be the infant’s only (or almost only) source of nutrition. Feeding formula, pumping instead of nursing[2], and feeding solids all reduce the effectiveness of LAM.

  • The infant must breastfeed at least every four hours during the day and at least every six hours at night.

  • The infant must be less than six months old.

  • The mother must not have had a period after 56 days post-partum (when determining fertility, bleeding prior to 56 days post-partum can be ignored).

Makanya, lepas 6 bulan atau tamatnya tempoh LAM ini, harus lah amik langkah berjaga2 sekiranya ingin menjarakkan kelahiran. Karang, tau2 je tak period, tapi perut membesar lagi untuk kesekian kalinya.

Baru2 ni (baru pun, takde la baru sangat) aku ada terbaca kat paper, ibu2 menyusu eksklusif hanya "selamat" untuk tempoh 4 bulan pertama sahaja. Vavava.

Lepas tu terus kena berjaga-jaga. Polis sentri, one two jaga. (tetiba). No longer 6 months meh?

Perhaps thats why masa aku breastfeedkan Zeri dulu, mmg ngam2 4 bulan dah start angkat bendera.. hua hua hua.. tak hal dia kuat menyusu pe.. dengan Arissa ni, tak tau la camne.. tapi macam dah nampak je bunga2 cinta nak start ovulation. We'll see la in few weeks time.

Dari meja seorang ibu yang tak pernah amik pil / suntikan / implan et cetera,
CY4.0

Tuesday, August 18, 2009

Status Darah Sebelum Bersalin


Kita cite kronologi la dulu.. ha ha ha..

Masa saya nak bersalinkan Amir, kuar show around 8am. Bersalinkan dia 2.53pm..

Time Arif, saya kuar tanda / darah time Maghrib. Saya tak solat (sbb darah tu kan..) sampai le ke Isyak.. sampai ke Subuh esoknya, saya masih belum bersalin.. start contraction yg kaw² dalam pkl 8am.. 9.33am Arif tengok dunia..

Then, saya ada terbaca, menyatakan darah tu bukannya darah nifas atau darah haid.. So patutnya boleh solat.. heee.. so, masa Zeri, saya kuar tanda dalam lepas Maghrib gitu.. saya sempat solat Isyak in between contraction 30 minit.. then bergerak ke hospital..

Just untuk #4 ini, saya ingin kepastian.. google², jumpa ini..

Saya C&P untuk memudahkan bacaan.. tp kalau nak feel lebih, silalah ke link berkenaan ye?


Soalan

Jika seorang wanita sudah hampir bersalin, lalu terkeluar darah sebelum bersalin. Bolehkah ustaz jelaskan apakah jenis darah yang keluar itu, adakah ia darah haid atau nifas? Saya keliru kerana sudah tentu jenis darah akan berikan hukum berbeza. Terima kasih uztaz.

Jawapan Uzar

Ulama berbeza pendapat dalam menentukan jenis darah yang keluar itu, seperti berikut :-


Mazhab Hanafi & Hanbali : Ia adalah darah istihadah. Justeru solat masih wajib.

Sebahagian ulama Hanbali : Ia adalah darah nifas jika keluar sehari atau dua hari sebelum melahirkan anak. Jika demikian bermakna, tidak lagi wajib puasa (jika pada bulan Ramadhan) dan solat.

Mazhab Syafie : Ia adalah darah haid dari sudut tidak perlu solat, puasa dan haram untuk digauli suaminya.

Mazhab Maliki : Ia adalah darah haid jika keluar pada bulan pertama dan kedua mengandung, namun jika keluar darah itu pada bulan ketiga, keempat dan kelima serta berterusan lebih dari 20 hari, jelaslah ia darah istihadah.

Bagi penduduk Malaysia yang bermazhab Syafie, bolehlah bertaqlid dengan pendapat mazhab Syafie dalam hal ini. Iaitu ia darah haid. Pendapat mazhab Syafie ini boleh dirujuk dari kata-kata Imam An-nawawi di dalam kitabnya :-

Ertinya : "Apabila seorang wanita yang sedang hamil melihat darah (keluar), yang sesuai untuk dihukum sebagai darah haid maka terdapat dua pendapat yang masyhur (dalam mazhab Syafie), berkata pengarang kitab Al-Hawi (Al-Mawardi), Al-Mutawalli dan Imam Al-Baghawi dan lain-lain :

"Pendapat Syafie yang baru adalah ia Haid, pendapat Syafie yang lama, ia bukan haid. Telah sepakat ulama Syafie pendapat yang paling sohih ia adalah DARAH HAID" ( Al-Majmu', 1/412)


Sekian,


Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

1 Mei 2008

Thursday, August 6, 2009

Part Time Maid


From a mailing list, I came across this website, http://parttimemaid.com/

Rate dalam RM9.90/jam.. minimum 4 jam.. Ni kalau tak amik pakej kot..

Kalau cite pasal pakej, ada 6 pakej you all.. dari serendah RM180 sebulan sampai la ke tahap RM400 sebulan..

Area yg diorang cover takat ni, KL, PJ, USJ, Cheras, Subang, Sunway, Ampang, Shah Alam, Klang, Kota Damansara, Putrajaya..

Ah, letih nak taip :P takley C&P la plak kan.. tapi macam nampak area rumah saya ni dicover.. hua hua hua.. ready duit je la ye Yan :P

Untuk sebarang pertanyaan, sila kemukakan di talian 1300 88 4463.

Anyways, ada antara korang dah pernah try service depa?

Updated @ 1719 hrs : Untuk pengalaman sebenar dari cik Erna, sila baca di sini :)

Ada lagi 1, from cik Erna kita juga.. YDS




Friday, July 10, 2009

Debit Card Maybank dan Paypal

Posting ini adalah berkenaan Debit Card Maybank aka kad cantek & Paypal.



Lanjutan dari komen cik flowerella di sini, saya pun ke M2U..

Menurut beliau, kita kena register dulu Debit Card kita kat MSOS.. Apakah itu MSOS? It stands for Maybankard Secure Online Shopping.

Dah masuk tu, saya tujukan mouse ke Maybankard Secure Online Shopping Registration di bawah Utilities.

2 step je pun.. ha ha ha.. nanti kita tengok apakah saya berhasil untuk menggunakan kad tersebut utk menerima duit dari Paypal?





*paused*

Yes. Debit card saya berjaya ditambah ke dalam listing.. and now, I'm confirming it.. selamat kena tolak 1.95 USD.. tapi kat M2U statement, kena tolak RM8.11.. @ 4.16/USD rate ka la ni?tapi takpe, once dah confirmed, depa refund balik.. tapi tengok la banyak mana yg dia refund.. ngeee..



Thanks cik flowerella, for sharing the news :)

Update on July 16th: Paypal tak refund ke dalam account M2u.. instead, dia refund kat paypal balance.. heee..




Nota kaki: Bila dah dapat masuk dalam senarai, besar kemungkinan saya dah boleh withdraw duit dari Paypal ke dalam debit card. Yay!

Friday, May 29, 2009

How Long Does It Take To Receive Your Nuffnang Check?

Terlebih dahulu, saya bukanlah penerima cek Nuffnang yang berjaya.. ha ha ha.. tapi masa first time cash out dulu, mmg ada sedikit confuse apasal lambat sangat dapat.. sebulan+ tunggu, tak sampai2.. biar betul.. adakah sudah kena tipu? kesahnya,

Utk Glitterati members, ada 30days buffer lepas kita cashout cek.. 30 hari daripada bulan yg kita cash out, bukan dari HARI kita cash out.. bak kata depa dalam tulisan kecik yaamatz kat bawah sekali dalam Tab Eearnings tu..

Please also allow about 30 days from the end of the month for your payment to be processed and sent.

Means, kalau kita cash out cek bulan 5, buffer sepanjang bulan 6, bulan 7 baru kita bley terima..

Untuk non-glitterati, cash out bulan 5, buffer sepanjang bulan 6 dan 7 (pasal 60 days), bulan 8 la baru dapat kaedahnya..

My first time dulu, saya cash out 6hb.. gile tak sabar.. ye lah, 1st time dapat cash out.. kah kah kah.. and I was like, 30 hari lepas 6hb, dalam next month tu la dapat.. sebenarnya bukan ye.. cash out 6hb, dia akan accumulate sume orang yg cash out bulan tu, + buffer 30 hari.. then baru dapat.. MORAL? tunggu la sampai hujung bulan baru cash out.. OK? OK.. part ni saya pun tak follow la sangat.. pasal ye lah, ketidaksabaran tu kadang2 menyebabkan jari jemari cepat je klik link cash out :P

Untuk yg dah berjaya cash out, selamat menunggu.. insya-ALLAH, setakat ni, mmg dapat je paymentnya.. tak kesah la sesikit mana atau sebanyak mana.. takde sapa nak bagi FREE at least RM50, right?

Wednesday, May 27, 2009

Phishing Tak Sudah-Sudah : Updated with Tips


Kawan-kawan mengetahui bahawa blog saya adalah antara blog yg picture-less.. hahahaha.. TAPI, kali ni terover rajin plak nak tunjuk kes phishing yg saya suka2 terjah link nya pagi ni..

Selalunya, 2 step saja tau.. tapi kali ni siap ada 3 step.. canggih bebenar la tu kaedahnya.. hmmmphh..

Taknak cakap banyak.. layan je gambar-gambar kat bawah ni..


Page Login.. sebijik kannnn.. macam biasa, saya suka guna ID : mangkuk, password : hayun.. kalau tetiba dia rajin nak prompt kata password tak cukup panjang, tambah je 123..


Lepas tu, bley plak dia suruh kita tunggu 3 minit.. amboi boi boiii.. sampai mati takkan sampai code ni ye tuan-tuan dan puan-puan.. TAPI, saya tak pasti la kalau kita masukkan userid + password yg betul, sama ada mmg betul2 sampai ke idak.. heeee.. yg ni mmg menyeramkan!


Ayat final screen.. macam bagus..


Semua gambar di atas boleh diklik utk paparan yg lebih menyerlah..

Nota penting: Sila jangan login menggunakan pautan dalam email.. TOLONG LAH!


Tips untuk menyelamatkan diri dari ditipu penyangak internet-banking
  • Pastikan laman utk anda login mempunyai https di hadapan URL.. not just a regular http..

  • Pastikan ada "mangga kunci".. mangga ini, bila diklik akan memaparkan sijil (certificate) yg mengesahkan laman yg anda kunjungi adalah selamat. Ia biasanya akan tunjukkan kepada anda, berapa bit encryption laman yg sedang anda kunjungi, siapakah yg mengeluarkan sijil tersebut, dan tarikh sah sijil berkenaan.

    Mangga kunci ni, kalau kat Google Chrome, dia ada kat address bar.. kalau kat Mozilla Firefox, dia ada di bahagian bawah kanan..

    Mangga kunci yg saya maksudkan. Paparan ini menggunakan Google Chrome

Wednesday, April 8, 2009

Cara-Cara Membayar Cukai Menggunakan M2U / CIMB

Call me, er.. paranoid.. tp mak mmg agak kurang percaya mengguna fpx yg ada kat dalam laman LHDN tu.. mak prefer jugak2 bayar cukai thru M2U ataupun CIMB..

So, kesahnya kan semalam nak bayar sangat la cukai tu thru M2U.. but I simply couldnt find the link.. Sebab, mak cari dalam senarai Bill Payments!!!! Mata tu tak bukak luas2.. dia ada letak link SPECIAL utk bayar tax.. kah kah kah.. tapi sampai entry ni ditulis, haram mak dapat reply dari CSE depa.. hmmph..



As for CIMB Clicks, mmg ada kat Bill Payments ye kawan-kawan..



Cumanya semalam, mak confuse di CIMB, utk bayaran yang BUKAN ansuran, ada ruangan kosong yg perlu diisi, iaitu No/Bil Ansuran.. kalau dah bayar lumpsum, nak letak apa? takde sebarang nota atau deskripsi dikepilkan pada laman web tersebut..

Dalam pada berkira-kira nak letak "0", ntah berapa kali mak kena tendang dengan session CIMB.. kekeke.. 


Later, bila dah jumpa link kat M2U, the value is between 01 and 99.. so, kalau bayar lumpsum, letakkan 0 (di M2u ada bagitau).. which later, the system akan letakkan nilai 99.. hmmph.. default 99 je terus kan senang?








This transaction needs TAC.. mak request 4.30pm.. 5.15 baru sampai.. sempat aku pi makan pisang goreng + milo es.. hmmphh..








Apa pun, sume sudah selesaiiiiii.. Mak akan tuntut pembayaran yg telah dilunaskan ini daripada si dia.. sementelah dia bakal mendapat bayaran balik.. aci?

Tuesday, April 7, 2009

Hukum Merancang Keluarga

Malam tadi, sambil2 layan Merlin, tetiba saya teringatkan sesuatu yg dibaca pada siang harinya.. cepat2 saya tunjukkan kepada si dia..

Soalan:
SAYA berusia 37 tahun dan mempunyai enam cahaya mata. Ketika hamil anak bongsu, doktor menasihati saya tidak mengandung lagi kerana bimbangkan kesihatan diri iaitu tahap gula dalam darah yang tinggi setiap kali hamil. Doktor mencadangkan salur peranakan saya diikat bagi mengelak hamil. Apakah kaedah ini dibolehkan Islam bagi mengelak kehamilan. 

Ina, 
Rawang, Selangor. 


Jawapan:
Persidangan Ulama ke-8 (Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan), 22 November 1973 memutuskan bahawa menggalakkan amalan perancangan keluarga kepada umum adalah haram, tetapi bagi orang perseorangan atas sebab tertentu diharuskan. Pada Persidangan Ke-12 (20 Februari 1977) memutuskan perancang keluarga mengandungi tiga bahagian iaitu:

  • Memandulkan lelaki atau perempuan hukumnya haram. 

  • Mencegah beranak atau mengehadkan bilangan anak haram melainkan dengan sebab yang diharuskan syarak bagi individu. 

  • Menyusun keluarga dari segi kesihatan, pelajaran dan kebahagiaan keluarga dengan cara selain di atas adalah harus.

    Sebaik-baiknya puan mendapatkan pandangan pakar perubatan Muslim untuk menentukan keputusan berhubung mengikat salur peranakan. 

    Perkara itu merujuk penyataan harus melakukan pencegahan dan mengehad bilangan anak atas sebab yang diharuskan oleh syarak terhadap individu.




  • Yg part no 2 tu, adakah termasuk juga dengan mengamalkan pil perancang, stokin plastik dan sebagainya?

    Mengikut fahaman saya, sebarang jenis pencegahan yg tidak bermaksud kekal boleh je.. ke saya salah di situ?

    Apakah sebab yg diharuskan syarak dalam hal ini? selain membahayakan nyawa si ibu?

    Dan, apakah cara lain lagi untuk menjarakkan kehamilan untuk bullet ke-3? Jika menyatakan bahawa breastfeed anak secara eksklusif boleh menjarakkan, tidak semua diberi kelebihan sedemikian rupa.. Saya breastfeed Azri secara eksklusif juga.. tp masa Azri berusia 4 bulan, saya dah start period.. 





    Jika anda ada maklumat, jangan segan2 letakkan link utk ke info tersebut..


    Updated on 1402 hrs: 


    Soalan: 

    Bagaimana hukumnya membatasi keturunan/ merencanakan keluarga (Family Planning)? (NU Cab. Situbondo Banyuwangi)

    Jawapan; 

    Kalau dengan 'azl (mengeluarkan air mani di luar rahim) atau dengan alat yang mencegah sampainya mani ke rahim seperti Kopacis/Kondom, maka hukumnya makruh. Begitu juga makruh hukumnya kalau dengan meminum ubat untuk menjarangkan kehamilan. Tetapi kalau dengan sesuatu yang memutuskan kehamilan sama sekali, maka hukumnya haram, kecuali kalau ada bahaya. 

    Umpamanya saja karena terlalu banyak melahirkan anak yang menurut pendapat orang yang ahli tentang hal ini bisa menjadikan bahaya, maka hukumnya boleh dengan jalan apa saja yang ada.

    Keterangan: 
    a. Dalam kitab Asnal Mathalib 186
    b. Dalam kitab Fatawi Ibnu Ziyad 249 
    c. Dalam kitab AI-Bajuri II/93d. Dalam kitab Ahkamul Fuqaha' II/231

    وفي كتاب الامراض الاجتماعية صحيفة 391 ما نصه: ومن شر القمار وشراء الاوراق المسماة بيا نصيب فهى حرام على المذاهب الاربعة.في اسنى المطالب ونصه: والعزل تحرزا من الولد مكروه وان اذنت فيه المعزول عنها حرة كانت أو أمة لأنه طريق إلى قطع النسل. وفى فتاوى ابن زياد ونصه: افتى ابن عبد السلام وابن يونس بأنه لا يحل للمرأة أن تستعمل دواء يمنع الحبل ولو برضا الزوج. وفي الجزء الثانى من الباجورىعلى فتح القريب في كتاب النكاحصحيفة 93 ما نصه: وكذا استعمال المرأة الشيء الذى يبطء الحبل ويقطعه من أصله فيكره في الآول ويحرم في الثاني.وعند وجود الضرورة فعلى القاعدة الفقهية. إذا تعارضت المفسدتان روعى أعظمهما ضررا بارتكاب خفهما مفسدة.

    Negara asal : Indonesia

    Badan yang mengisu fatwa : Konfrensi Besar Syuriah Nahdatul ulama’ ke-1 (Indonesia)

    Tarikh Diisu : 18-22/4/1960



    Lagi :
    Penggunaan IUD/IUCD


    1 - TANZIM AL-USRAH ( تنظيم الاأسرة ) : Ertinya : Merancang Keluarga , seperti dengan cara berjimak dengan isteri pada tarikh dan masa yang tertentu , ataupun dengan cara selainnya dengan tujuan untuk menyusun jadual kehamilan mengikut kehendak sepasang suami – isteri . Nama lain bagi Tanzim Al-Usrah ini ialah “ Tanzim An-Nasal “ ( النسل تنظيم ) yang bererti : Merancang Kelahiran . Ianya dilakukan menurut tempoh tertentu , bukannya secara kekal. 


    2 – TAHDID AN-NASAL ( تحديد النسل ) : Ertinya : Membatasi Kelahiran , seperti alat kelamin lelaki ataupun perempuan dimatikan fungsinya, sehingga tidak boleh menghasilkan sperma yang boleh menyebabkan seseorang zuriat itu lahir. Nama lain bagi proses ini ialah “ Tahdid Al-Usrah “ ( تحديد الأسرة ) yang bermakna : Membatasi Keluarga . Di dalam kitab-kitab Fiqh klasik, istilah untuk proses yang sama seperti ini dinamakan sebagai “ At-Taa’qim “ ( التعقيم ) ertinya : Proses Pemandulan . Kalau untuk binatang diertinkan sebagai : Proses Pengkasian . Proses pemandulan ini @ membatasi keturunan ini dilakukan untuk jangka masa yang kekal-abadi. 


    3 - ‘AZAL ( العزل ) : Proses menahan ataupun menghalang mani lelaki daripada masuk ke dalam rahim wanita, samada dengan cara menumpahkannya, ataupun dengan memakai kondom dan seumpamanya. Dilakukan agar wanita tersebut tidak hamil. 



    ************************************** 

    TANZIM AL-USRAH ( تنظيم الاأسرة ) : MERANCANG KELUARGA

    Walaupun Islam sememangnya mahukan umat yang ramai akan tetapi di dalam beberapa ketika, dibenarkan bagi sepasang suami-isteri itu untuk merancang keluarganya iaitu dengan menggunakan sistem di atas. 

    Tanzim Al-Usrah ini dibenarkan di atas sebab-sebab berikut : 

    1 – Agar si ibu mempunyai tempoh masa yang cukup untuk menghadapi anak yang akan datang dan tempoh untuk menyusui anak yang pertama itu sempurna selama dua tahun sebagaimana menurut ajaran Al-Quran Al-Karim. Selain itu, dengan menyusun jadual kehamilan bagi tempoh 2-3 tahun bagi setiap kehamilan, lebih memberikan kekuatan dan tenaga kepada si ibu. Lihat dan pelajari Firman Allah Ta’ala di dalam Surah Al-Baqarah, ayat 233. 

    2 – Jika si ibu itu lemah fizikalnya, tidak berupaya untuk selalu bersalin. 

    3 – Jika si ibu itu ataupun si bapa mempunyai “ penyakit keturunan “ yang boleh menjangkiti si anak yang bakal dilahirkan. 

    4 – Terdapatnya sebab-sebab ekonomi bagi sesebuah keluarga itu, seperti keadaan susah dan miskin. Perkara ini diistilahkan oleh ulama’ , khasnya oleh Hujjatul Islam , Imam Al-Ghazali (rh) sebagai : “ الخوف من الوقوع في الضيق بسبب كثرة الأولاد “ yang bermaksud : Bimbang terjerumus ke dalam lembah kesusahan disebabkan ramainya anak. 

    5 – Si ibu itu sememangnya mempunyai penyakit, dan jika dia beranak lagi, penyakit yang dideritai itu akan lambat sembuh, ataupun tidak sembuh ataupun anak yang bakal dilahirkan itu dalam keadaan yang amat sukar. 


    Apabila terdapatnya salah-satu daripada sebab-sebab di atas, dan ianya disememangnya disahkan oleh orang yang ‘alim di dalam agama  dengan kerjasama daripada seorang pakar perubatan yang amanah, maka Tanzim Al-Usrah ini harus dilakukan menurut pandangan Islam. 

    ************************************** 

    TAHDID AN-NASAL ( تحديد النسل ) MEMBATASI KELAHIRAN : 

    Proses membatasi kelahiran ini dilakukan dengan cara memandulkan si suami ataupun si isteri agar mereka tidak lagi boleh menghasilkan zuriat di masa yang akan datang. Sama ada ianya dilakukan secara proses pembedahan, ataupun dengan mengambil jenis-jenis makanan tertentu dan seumpamanya. 

    Walaupun tiada nas yang jelas di dalam Al-Quran, mahupun Al-Hadits yang menyatakan mengenai HARAMNYA MEMBATASI KELAHIRAN ( PROSES PEMANDULAN ) seperti ini, akan tetapi majoriti ulama’ Islam menyatakan perkara itu sebagai HARAM dan DITEGAH OLEH SYARAK. 

    Namun minoriti ulama’ pula menyatakan bahawa ianya DIBENARKAN OLEH SYARAK berdalilkan firman Allah Ta’ala di dalam Surah Asy- Syura, ayat 50 : 

    أَوْ يُزَوِّجُهُمْ ذُكْرَانًا وَإِنَاثًا وَيَجْعَلُ مَن يَشَاء عَقِيمًا إِنَّهُ عَلِيمٌ قَدِيرٌ 

    Ertinya : “ Atau Dia menganugerahkan kedua jenis laki-laki dan perempuan (kepada sesiapa) yang dikehendaki-Nya, dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa “ . 



    Daripada ayat di atas, maka minoriti ulama’ ini pun mengatakan : “ Jika Allah Ta’ala sendiri memang menciptakan sebahagian manusia itu ada yang mandul disebabkan ada hikmahnya, maka tidaklah salah jika sebahagian manusia itu juga boleh jadi mandul disebabkan ada maslahahnya ( kebaikannya ) “. 

    Dan sebahagian ulama’ Fiqh membenarkan proses pemandulan ini jika ada penyakit yang berhubungan dengan seks, akal ataupun diri, yang mana telah dikenal-pasti sebagai sakit yang berbahaya lagi tiada ubatnya dan penyakit itu pula boleh menjangkiti anak yang bakal dilahirkan lagi berbahaya. 

    Namun, setelah diambil-kira semua pendapat ulama’ di dalam hal ini, maka PENDAPAT YANG PALING MENEPATI KEHENDAK SYARIAT ISLAM ITU SENDIRI IALAH : HENDAKLAH DILAKUKAN PROSES PEMANDULAN INI BUAT SEMENTARA WAKTU SAHAJA, BUKANNYA UNTUK SELAMA-LAMANYA . KERANA INSYA-ALLAH ADA PENYAKIT BAGI SETIAP UBAT ITU – KECUALI PENYAKIT AS-SAM : MATI – Dan apabila ditemui ubat tersebut, maka proses pemandulan seperti ini sudah tidak lagi diperlukan. Dan kemungkinan juga, jika sesebuah keluarga itu susah, barangkali di kemudian hari kelak, setelah mereka dikurniakan rezeki daripada Allah Ta’ala secara berlimpah-ruah, di saat itu sudah tentu mereka sangat berhajat kepada zuriat yang ramai. Dan kalaulah mereka melakukan proses pemandulan yang kekal, sudah pasti mereka tidak akan memperolehi zuriat sendiri di kemudian hari. Apatah lagi, proses pemandulan yang bersifat kekal ini adalah satu kezaliman ke atas makhluk Allah Ta’ala yang mana kezaliman merupakan satu perkara yang sangat ditentang dan dilarang oleh Islam !. 

    ************************************** 

     ‘AZAL ( العزل ) : MENAHAN SPERMA DARIPADA MASUK KE DALAM RAHIM

    Perkara ini sendiri pernah berlaku di masa hidupnya Baginda Rasulullah s.a.w . 

    عَنْ جَابِرٍ قَالَ كُنَّا نَعْزِلُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَبَلَغَ ذَلِكَ نَبِيَّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمْ يَنْهَنَا 

    Ertinya : “ Daripada Jabir r.a beliau berkata : Kami pernah melakukan Al-‘Azal di zaman Rasulullah s.a.w dan perkara itu sampai ke pengetahuan baginda s.a.w , tetapi Baginda s.a.w tidak pula menegah kami daripada melakukan perkara tersebut “ ~ ( Hadis Sahih diriwayatkan oleh Imam Muslim – Kitab An-Nikah – 2610 ) . 


    Dan bagi seseorang suami tidak dibenarkan melakukan perkara tersebut melainkan dengan redha isterinya, dan tentulah sebuah kebahagian rumahtangga yang diimpikan itu tidak akan menjadi realiti andainya tiada kesefahaman dan redha-meredhai di antara anggota rumahtangga itu. 




    Wallahu A’alam Bissowab 
    Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad 



    ************************************** 

     RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN : 

    1 – YASALUNAKA ‘ANID DIN WAL HAYAH – JILID I 
    ‘Allamah Dr. Ahmad Ash-Syarbasi ( Profesor Universiti Al-Azhar ) 
    ms 234 – 243 . Terbitan Darul Jil , Beirut. 

    2 – FATWA WA AHKAM LIL MARAH AL-MUSLIMAH 
    ‘Allamah Syeikh Atiah Saqr ( Bekas Pengerusi Fatwa Al-Azhar ) 
    ms 221 , Terbitan : Maktabah Wahbah , Cairo. 

    3 – AL-FATAWA AL-ISLAMIYYAH 
    ‘Allamah Dr. Nasr Farid Wasil ( Bekas Mufti Republik Arab Mesir ) 
    ms 304 . Terbitan : Al-Maktabah At-Tawfiqiah , Cairo. 

    4 – KATA BERJAWAB 1-5 
    Al-Fadhil Ustaz Abdul Qadir Hassan ( Guru Pesantren PERSIS Bangil ) 
    Terbitan : Yayasan Al-Muslimun , Bangil, Indonesia. 



    و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى
    والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته 

    4 / Sya’aban / 1423 H 
    11 / September / 2002 M 

    Jumaat – Bandaraya Kaherah 

    Thursday, July 3, 2008

    Gold Investment

    Lanjutan dari post saya yg terdahulu, macam biasa - kita straight to the point :)

    Gold price, back in 2003, it was RM49/gm.. (mak check resit beli rantai tangan masa nak kawen dulu.. kah kah kah)

    La ni? You may check here according to Maybank or here, according to Public Bank..

    So far kat Malaysia, as what I'm aware of, ada 2 bank yang offer utk pelaburan emas ni.

    Maybank

    Kijang Emas Gold Coin

    Beli & simpan sendiri Gold Coin tu.. seriau tak? hehehe.. ada dalam bentuk 1oz (31.105g), 1/2oz(15.550g) and 1/4oz(7.780g).. 99.9% gold.. kalau dah 31g, satu gram say RM100, so you do the math! You may get the coins from 30 selected branches only.. biasanya yg besar2 la tu..

    Maybank ada jugak offer GSPA which means Gold Savings Passbook Account

    whilst Public Bank pulak offer Gold Investment Account















































    Banks
    Public Bank Maybank
    Eligibility

    • Individuals (resident or non-resident) aged 18 years and above.

    • Personal or joint


    • Individuals

    • Joint account - maximum of 4 persons.


    Minimum Initial Purchase 20gms5gms
    Minimum Balance in the Account 2gms 1gms
    Minimum Subsequent Purchase/ Sale 5 grams and must be in multiple of 1 gramMust not be less than 5 grams
    Gold Purchase

    • Gold purchase will be based on the Bank's prevailing gold SELLING price quoted in RM per gram.

    • The mode of payment accepted for purchase of gold are :
    • - cash
      - debiting of account
      - house cheque

    • No physical gold deposit is allowed.

    Takde la plak cakap. Maybe sama kot macam kat sebelah ni..

    Apapun, ada FAQ
    Gold Sale/ Withdrawal

    • Gold sale will be based on the Bank's prevailing gold BUYING price quoted in RM per gram.

    • Withdrawal options available are :
    • - Cash
      - Crediting of account
      - Physical gold withdrawal*

    • The withdrawal of gold from GSPA will be converted into Ringgit Malaysia at prevailing gold price.

    • GSPA account holders are allowed to withdraw the gold in below format:

    • • Physical gold
      Gold Wafers @ 10, 20, and 50 can be withdrawn at selected branches. A conversion charge to cover the shipping and insurance will be charged for the physical gold withdrawal.

      • Cash
      The amount of gold holdings can be converted to Ringgit Malaysia equivalent at the prevailing market (gold) price. The amount in RM will be credited into a Maybank deposit account of customer.
    Account Opening RequirementCustomer is required to maintain either a savings account or current account prior to opening a GIA to facilitate the debiting of service fee, if any.
    A GSPA passbook will be given to the account holders upon complete the procedure of opening the GSPA account.

    The passbook is for deposit and withdrawal purposes. Deposit, withdrawal and closing of GSPA are available at any of the Maybank branches.
    Service FeeAn annual fee of RM10 will be levied on the designated deposit account on the first day of the calendar year if the account balance is below 10gms as at year end.Withdrawal of physical gold is subject to conversion charge to cover the shipping and insurance. The fee is various and depending on total physical gold to be withdrawn.

    So, take your pick -)

    Thursday, June 26, 2008

    Rule 72

    I just finished reading a book - Rancang Hidup Rancang Wang by Mr Hamdy.. dalam buku tu ada la sebut tentang Rule 72..

    Apakah itu Rule 72 atau nama Melayunya Peraturan 72 (maaf cikgu kalau saya salah translate).

    Basically, benda yg ni org gunapakai utk tentukan bilakah duit yg kita simpan sekarang akan berganda..

    Contoh: Setiap tahun dapat dividen at the rate of 4%, so, kalau kita ada 10K sekarang,

    72/4 = 18.

    Means, kita akan ambil masa +- 18 tahun untuk 10K menjadi 20K.. do we have the time? No? so, camne ke gayanya kalau saya nak 20K in the next 5 years?

    72/5 = 14.4

    Means, kita kena la simpan duit di tempat yg boleh bagi 14 - 15% dividen per year.. (syoknya la hai sapa yg ada share dalam Bank Rakyat.. kah kah kah)

    Apart from that, ada jugak email yg menyatakan, Rule 72 boleh digunakan untuk melihat nilai duit kita pada masa hadapan.. yg ni mak share je ye.. hopefully tak betul la..

    Kalau nak tahu half value the money... guna rule ni bahagikan dengan inflasi rate. Skrg ni inflasi 4% >, 72/4 = 18. Meaning to say... dlm masa 18 tahun lagi value duit RM100 skrg akan jadi RM 50 18 tahun akan dtg.
    I'm looking fwd to start invest in gold. Will post about this later. Till then, take care everyone!